Wednesday, July 29, 2009

Happy Birthday To Hafiz & Hazrul!

Ms Haizum has ordered for 25pcs of orange flavored cupcakes with chocolate whipped cream topping for  Hafiz & Hazrul.  We wish them happy birthday and may Allah blessed them all through the years with happiness and health. Thank you Ms Haizum for your orders.

Saturday, July 25, 2009

It's My Birthday!

21 Julai 2009, umur saya... aaa tak payahlah. Anyway it is my birthday and I'm giving away a birthday treat to all my dear friends over at Product Development & Design Integration of MIMOS Bhd with my cupcakes. Everyone is enjoying the Lemon Cheese Creamed cupcakes especially when it comes for free. See Johan (standing) must have been saying "it's finger licking good...yummy yummy!". Hamdan (in Red) nampak termenung sebab cupcake dia dah habis... nak ambil lagi ... quota dah takde, kecian diye. Kalau nak makan lebih kena beli lah! Ni cuma promo baru.


Saturday, July 18, 2009

Tempahan kek Harijadi



Tempahan baru untuk kek & cupcake mula bertambah. Kak Ani menempah kek harijadi untuk anak beliau Najihah yg berumur 11 tahun. Kek ni kami hiasi dengan rekabentuk yang agak fancy, colourful sesuai dengan konsep kanak-kanak. Disamping itu kami juga membuat beberapa cupcake untuk menceriakan majlis beliau. Terima kasih Kak Ani untuk tempahan tersebut.



Kek Brownies Puan Nina

Seminggu lebih telah berlalu. Saya telah pergi menziarahi kawan lama Pn Nina di Setiawangsa. Biasalah bila pergi tu kami membawa oleh-oleh cupcake kami sebagai buah tangan dan juga usaha promosi kami. Entah kenapa cupcake yang telah kami pack cantik-cantik dalam kotak bergelunsur jatuh dari back-seat semasa kami tekan brek. Ehmm, biasalah... habis butter cream topping nya dan bercelarulah cupcake tersebut jadi "rojakek". Dalam hati kami memang takada rezeki dialah... kesal pun ada sebab tak berhati-hati memandu. 

Sesampai kami dirumah Nina, rupa-rupanya apa yang berlaku tadi ada hikmahnya. Nina ketika itu bersama 2 orang tetamu dan beliau nampaknya sibuk mengajar sesuatu dan apabila kami tinjau beliau sedang melatih 2 orang tamu tadi membuat Fondant? Eh sejak bila pulak Nina jadi instructor ni? Masya'Allah rupa-rupanya Nina telah lama memberikan kelas membuat kek dan pastri dan beliau memang expert dalam bidang cake decoration termasuk cupcake? Agaknya itulah hikmah kenapa cupcake kami terjatuh. Kalau tidak malu juga nak tunjukkan cupcake kami kepada beliau seorang instructor bagi Syarikat Wilton?

Ringkaskan cerita beliau telah memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk membuat Kek Brownies yang sedap. Balek rumah terus kami mencuba resepi beliau dan alhamdulillah memang sedap sungguh. Nutty Brownies yang beliau ajarkan menggunakan coklat, kacang Almon dan Walnut dengan chocolate ganache. Insya'Allah kami akan gunakan resepi yang sama untuk cupcake kami... kalau nak cuba buatlah tempahan nanti ya? 

Tuesday, July 7, 2009

Gerai Mutiara Cupcake

Karnival bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 ptg.  Kami terlambat sampai kerana pada awal pagi Ahad 5 Julai kami masih lagi sibuk buat decoration pada cupcake. Kami cuma nak pastikan cupcake kami sentiasa segar dan fresh from the oven?Hasilnya kami mula berniaga jam 11.00 pagi? Agaknya kena tertawa oleh rakan niaga lain sebab kami yang last sekali sampai... hehehe... Walaupun begitu jualan alhamdulillah sebab hampir 80% jualan kami habis, paling laris chocolat cupcake kami dan juga Cream Puff (menu tambahan). Cuma yang kurang seronok lokasi Karnival kurang strategik maka pengunjungnya pun tak begitu ramai, agaknya tak sampaipun 200 orang. Whatever it was, kami menjual bukannya nak dapat untung sangat sekadar nak test market je. Dengan jualan 80% tu pun kami masih untung juga tapi lepas tu break-even pulak bila kena tolak sewa gerai, dll. OK lah tu...for a start. Yang penting kami puas hati especially bila ada customer kami yang kembali the same day for additional cupcakes... terima kasih kepada semua yang sudi datang. "Jual Tetap Jual !" - eh... macam pernah dengar je ... kat mana ye?

Sibuk melayani tetamu kecil kami

Sunday, July 5, 2009

Karnival Wanita Puchong



Alhamdulillah esuk Ahad 5 Julai 2009 bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Bt 14 akan diadakan Karnival Wanita Puchong di mana diantara aktivitinya adalah aktiviti forum & jualan barangan. Kami telah menempah gerai bagi menjual barangan kami - Mutiara Cupcake. Maka berhempas pulaslah kami suami-isteri menyediakan bahan untuk membuat cupcake kami dan juga bahan promosi seperti leaflet dan bunting.

Diantara jualan kami adalah cupcake perisa Cheesy-Lemon, Chocolate-Heaven, Blueberry & Strawberry cupcake. Muffin pula ialah Pearly Muffin, Kiwi Muffin, Blueberry Muffin, Muffin Nenas, Strawberry Muffin & Cream-Puff. Tak ketinggalan juga Kek chocolate kukus. Wow penat sungguh bertungkus lumus, bercekang mata sampai sakit pinggang. Apa-apa pun hati puas.... Esok insya'Allah kami akan sampaikan pula berita hasil jualan... jumpa lagi!

Chocolate Cupcake

Thursday, July 2, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Anda mencari atau ingin menempah cupcake? Kami di Mutiara Cupcake bersedia untuk menerima tempahan anda. Kami menyediakan cupcake yang mempunyai pelbagai perisa bagi menepati citarasa anda. Cupcake kami diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi, bersih dan lebih dari itu kami mementingkan kesucian dengan setiap bahan yang digunakan adalah HALAL. Selain dari itu kami juga mementingkan kesihatan – cupcake kami tidak manis dan sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis (Diabetes).

Cupcake kami dikenali dengan reka-hias yang halus dan kreatif. Kami mementingkan penelitian kepada penggunaan warna yang sesuai dan menarik. Setiap set cupcake yang kami hasilkan lazimnya mempunyai tema tertentu dan anda boleh menempah cupcake anda mengikut keperluan atau tema anda. Tema-tema tersebut termasuklah tema kanak-kanak, sukan, buah-buahan, continental, dsgnya.

Kenapa Cupcake dan bukan Kek biasa?

Cupcake mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri dari kek biasa, di antaranya:

- Cupcake lebih mobile dan mudah dibawa kemana-mana.
- Cupcake lebih menarik dengan hiasan dan tema yang pelbagai.
- Cupcake boleh dijadikan hiasan untuk hantaran.
- Cupcake mudah dihidang dan tidak memerlukan ianya dipotong seperti kek biasa.
- Cupcake boleh disusun bertingkat seperti kek perkahwinan yang bertingkat, malah ia lebih menarik dengan warnanya yang pelbagai.

Kesesuaian hidangan cupcake.

Menghidangkan Cupcake kini telah menjadi satu trend berbanding kek konvensional yang agak ketinggalan zaman. Cupcake kini menjelma di majlis-majlis keramaian seperti sambutan harijadi, majlis pertunangan & perkahwinan, mesyuarat-mesyuarat korporat, majlis-majlis perlancaran & pameran, malah ia boleh dijadikan hadiah (door-gift) semasa kenduri-kendara dan sebagainya. Pendek cerita terpulang kepada anda untuk apa ia boleh digunakan. Tepuk dada tanya selera pastinya Mutiara Cupcake menjadi pilihan.