Thursday, July 2, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Anda mencari atau ingin menempah cupcake? Kami di Mutiara Cupcake bersedia untuk menerima tempahan anda. Kami menyediakan cupcake yang mempunyai pelbagai perisa bagi menepati citarasa anda. Cupcake kami diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi, bersih dan lebih dari itu kami mementingkan kesucian dengan setiap bahan yang digunakan adalah HALAL. Selain dari itu kami juga mementingkan kesihatan – cupcake kami tidak manis dan sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis (Diabetes).

Cupcake kami dikenali dengan reka-hias yang halus dan kreatif. Kami mementingkan penelitian kepada penggunaan warna yang sesuai dan menarik. Setiap set cupcake yang kami hasilkan lazimnya mempunyai tema tertentu dan anda boleh menempah cupcake anda mengikut keperluan atau tema anda. Tema-tema tersebut termasuklah tema kanak-kanak, sukan, buah-buahan, continental, dsgnya.

Kenapa Cupcake dan bukan Kek biasa?

Cupcake mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri dari kek biasa, di antaranya:

- Cupcake lebih mobile dan mudah dibawa kemana-mana.
- Cupcake lebih menarik dengan hiasan dan tema yang pelbagai.
- Cupcake boleh dijadikan hiasan untuk hantaran.
- Cupcake mudah dihidang dan tidak memerlukan ianya dipotong seperti kek biasa.
- Cupcake boleh disusun bertingkat seperti kek perkahwinan yang bertingkat, malah ia lebih menarik dengan warnanya yang pelbagai.

Kesesuaian hidangan cupcake.

Menghidangkan Cupcake kini telah menjadi satu trend berbanding kek konvensional yang agak ketinggalan zaman. Cupcake kini menjelma di majlis-majlis keramaian seperti sambutan harijadi, majlis pertunangan & perkahwinan, mesyuarat-mesyuarat korporat, majlis-majlis perlancaran & pameran, malah ia boleh dijadikan hadiah (door-gift) semasa kenduri-kendara dan sebagainya. Pendek cerita terpulang kepada anda untuk apa ia boleh digunakan. Tepuk dada tanya selera pastinya Mutiara Cupcake menjadi pilihan.

2 comments:

  1. Tuan,

    Tuan ada satu kelebihan yang amat ketara, iaitu pengalaman promosi & ahli dalam grafik. Teruskan. Saya tumpang gembira.

    ReplyDelete