Saturday, July 18, 2009

Kek Brownies Puan Nina

Seminggu lebih telah berlalu. Saya telah pergi menziarahi kawan lama Pn Nina di Setiawangsa. Biasalah bila pergi tu kami membawa oleh-oleh cupcake kami sebagai buah tangan dan juga usaha promosi kami. Entah kenapa cupcake yang telah kami pack cantik-cantik dalam kotak bergelunsur jatuh dari back-seat semasa kami tekan brek. Ehmm, biasalah... habis butter cream topping nya dan bercelarulah cupcake tersebut jadi "rojakek". Dalam hati kami memang takada rezeki dialah... kesal pun ada sebab tak berhati-hati memandu. 

Sesampai kami dirumah Nina, rupa-rupanya apa yang berlaku tadi ada hikmahnya. Nina ketika itu bersama 2 orang tetamu dan beliau nampaknya sibuk mengajar sesuatu dan apabila kami tinjau beliau sedang melatih 2 orang tamu tadi membuat Fondant? Eh sejak bila pulak Nina jadi instructor ni? Masya'Allah rupa-rupanya Nina telah lama memberikan kelas membuat kek dan pastri dan beliau memang expert dalam bidang cake decoration termasuk cupcake? Agaknya itulah hikmah kenapa cupcake kami terjatuh. Kalau tidak malu juga nak tunjukkan cupcake kami kepada beliau seorang instructor bagi Syarikat Wilton?

Ringkaskan cerita beliau telah memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk membuat Kek Brownies yang sedap. Balek rumah terus kami mencuba resepi beliau dan alhamdulillah memang sedap sungguh. Nutty Brownies yang beliau ajarkan menggunakan coklat, kacang Almon dan Walnut dengan chocolate ganache. Insya'Allah kami akan gunakan resepi yang sama untuk cupcake kami... kalau nak cuba buatlah tempahan nanti ya? 

No comments:

Post a Comment