Alhamdulillah esuk Ahad 5 Julai 2009 bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Bt 14 akan diadakan Karnival Wanita Puchong di mana diantara aktivitinya adalah aktiviti forum & jualan barangan. Kami telah menempah gerai bagi menjual barangan kami - Mutiara Cupcake. Maka berhempas pulaslah kami suami-isteri menyediakan bahan untuk membuat cupcake kami dan juga bahan promosi seperti leaflet dan bunting.
Diantara jualan kami adalah cupcake perisa Cheesy-Lemon, Chocolate-Heaven, Blueberry & Strawberry cupcake. Muffin pula ialah Pearly Muffin, Kiwi Muffin, Blueberry Muffin, Muffin Nenas, Strawberry Muffin & Cream-Puff. Tak ketinggalan juga Kek chocolate kukus. Wow penat sungguh bertungkus lumus, bercekang mata sampai sakit pinggang. Apa-apa pun hati puas.... Esok insya'Allah kami akan sampaikan pula berita hasil jualan... jumpa lagi!

Chocolate Cupcake
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteSaya, Hizam. Alhamdulillah. Saya suka lihat rakan-rakan memulakan bisnes. InsyaAllah, usaha, doa & tawakal.
Terima kasih atas sokongan serta doa dari kekawan, semuga kami juga berjaya satu hari nanti spt saudara. Shukran jazilan.
ReplyDeletenak service printing edible image boley contact saya www.aflah-kitchen.blogspot.com
ReplyDelete