Sibuk melayani tetamu kecil kami
Tuesday, July 7, 2009
Gerai Mutiara Cupcake
Karnival bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 ptg. Kami terlambat sampai kerana pada awal pagi Ahad 5 Julai kami masih lagi sibuk buat decoration pada cupcake. Kami cuma nak pastikan cupcake kami sentiasa segar dan fresh from the oven?Hasilnya kami mula berniaga jam 11.00 pagi? Agaknya kena tertawa oleh rakan niaga lain sebab kami yang last sekali sampai... hehehe... Walaupun begitu jualan alhamdulillah sebab hampir 80% jualan kami habis, paling laris chocolat cupcake kami dan juga Cream Puff (menu tambahan). Cuma yang kurang seronok lokasi Karnival kurang strategik maka pengunjungnya pun tak begitu ramai, agaknya tak sampaipun 200 orang. Whatever it was, kami menjual bukannya nak dapat untung sangat sekadar nak test market je. Dengan jualan 80% tu pun kami masih untung juga tapi lepas tu break-even pulak bila kena tolak sewa gerai, dll. OK lah tu...for a start. Yang penting kami puas hati especially bila ada customer kami yang kembali the same day for additional cupcakes... terima kasih kepada semua yang sudi datang. "Jual Tetap Jual !" - eh... macam pernah dengar je ... kat mana ye?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ehem, cantik bunting. Boleh tolong buat untuk saya sekali? :-)
ReplyDeleteNo problem, just bagi content, gambar dan kosnya Bunting RM60 (Hi-Res), X stand RM56. Upah design terpulang...
ReplyDelete