Sunday, July 5, 2009

Karnival Wanita Puchong



Alhamdulillah esuk Ahad 5 Julai 2009 bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Bt 14 akan diadakan Karnival Wanita Puchong di mana diantara aktivitinya adalah aktiviti forum & jualan barangan. Kami telah menempah gerai bagi menjual barangan kami - Mutiara Cupcake. Maka berhempas pulaslah kami suami-isteri menyediakan bahan untuk membuat cupcake kami dan juga bahan promosi seperti leaflet dan bunting.

Diantara jualan kami adalah cupcake perisa Cheesy-Lemon, Chocolate-Heaven, Blueberry & Strawberry cupcake. Muffin pula ialah Pearly Muffin, Kiwi Muffin, Blueberry Muffin, Muffin Nenas, Strawberry Muffin & Cream-Puff. Tak ketinggalan juga Kek chocolate kukus. Wow penat sungguh bertungkus lumus, bercekang mata sampai sakit pinggang. Apa-apa pun hati puas.... Esok insya'Allah kami akan sampaikan pula berita hasil jualan... jumpa lagi!

Chocolate Cupcake

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Saya, Hizam. Alhamdulillah. Saya suka lihat rakan-rakan memulakan bisnes. InsyaAllah, usaha, doa & tawakal.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan serta doa dari kekawan, semuga kami juga berjaya satu hari nanti spt saudara. Shukran jazilan.

    ReplyDelete
  3. nak service printing edible image boley contact saya www.aflah-kitchen.blogspot.com

    ReplyDelete